Sabtu, 27 Julai 2013
Jumaat, 14 Jun 2013
PALEOLITIK
Zaman Paleolitik adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun
dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM.
Pada zaman ini, manusia Peking dan manusia Jawa telah wujud. Di Afrika, Eropah dan Asia, manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun 50 000 SM, manakala pada tahun 20 000 SM, manusia Cro-magnon sudah menguasai kebudayaan moden di Afrika Utara dan Eropah.
Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk mencari makanan. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan sebagai makanan. Mereka tidak tahu bercucuk-tanam. Mereka menggunakan batu kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan memburu. Alat-alat ini juga digunakan untuk menetak dan mempertahankan diri daripada musuh. Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang. Selain daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan menakutkan binatang. Mereka tahu menggunakan api apabila menyaksikan kebakaran hutan.
Manusia ini tinggal di dalam gua atau pondok yang diperbuat daripada ranting dan rumput. Gua atau pondok ini penting untuk melindungi diri daripada binatang liar atau cuaca buruk. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu setiap benda mempunyai roh. Pada dinding gua terdapat gambar-gambar yang dilukis oleh mereka untuk melahirkan idea dan perasaan mereka.

Selasa, 11 Jun 2013
MESOLITIK
Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru
iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia.
Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang
lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia
mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu
dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah
berkembang.
Ada teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar manusia dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa manusia dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup dalam era Paleolitik.
Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka bercampur sesama mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar ‘Manusia Proto Asia’ yang kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar Kepulauan Hawaii, New Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga, mereka-mereka ini dikatakan adalah ‘saudara’ kepada orang-orang Melayu.

Isnin, 10 Jun 2013
IKEOLOGI
Ikeologi ialah dikenali sebagai kaji purba merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan.
Arkeologi pada masa sekarang merangkumi pelbagai bidang yang berkait
dan pelbagai. Sebagai contoh, penemuan mayat yang ditanam akan menarik
minat pakar dari pelbagai bidang untuk mengkaji tentang pakaian dan
jenis bahan digunakan, bentuk seramik dan cara penyebaran, kepercayaan
melalui apa yang dikebumikan bersama mayat tersebut, pakar kimia yang
mampu menentukan usia tapak galian melalui pereputan unsur seperti
karbon 14, pakar genetik yang ingin mengetahui pergerakan manusia purba,
dan pelbagai bidang lainnya.
IDEALOGI
Idealogi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia
merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan
politik dan sosial.
Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”.
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah “fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan”.
Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana. Berikut adalah sebahagian pengertian ideologi:
Destertt de Tracy :Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea (pemikiran tertentu).
Machiavelli:Ideologi adalah sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh penguasa.
Thomas H :Ideologi adalah suatu cara untuk melindungi kekuasaan pemerintah agar dapat bertahan dan mengatur rakyatnya.
Karl Marx :Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama dalam masyarakat.
Muhammad Muhammad Ismail: Ideologi (Mabda’) adalah pemikiran mendasar yang sama sekali tidak dibangun (disandarkan) di atas pemikiran pemikiran yang lain.
Manakala fahaman membawa erti yang berbeza dengan ideologi. Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga menyebut bahawa fahaman iaitu “pengetahuan, pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara”. Fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk ideologi.
Perbezaan antara fahaman dan ideologi adalah fahaman hanyalah pemikiran seorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang mungkin menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat. Manakala, ideologi adalah gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep dan dipegang oleh sebahagian manusia.

Ahad, 9 Jun 2013
ASTRONOMI
Astronomi (dikenali sebagai Ilmu Falak dari segi bahasa etimologi membawa maksud peraturan bintang) merupakan cabang sains yang melibatkan pembelajaran jasad cakerawala(seperti bintang, planet, komet-komet, nebula, gugusan bintang dan galaksi) yang menghasilkan fenomena-fenomena yang berasal dari luar atmosfera bumi. (seperti sinaran latar belakang kosmik) Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik
Astronomi merupakan cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menemukan dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.
SASTERA
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Sabtu, 8 Jun 2013
SEJARAH KAWAD MAUT SANDAKAN
Kawad Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia ke II di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa
perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
Pada 1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan, Seperti pada landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945 apabila Pihak Berikat makin hampir, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau kira-kira 250 kilometer (160 batu).
Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit. Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau.

KEJURUTERAAN
Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan pengetahuan,
matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses.
Pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera.
Aktiviti-aktiviti jurutera dalam industri adalah menjalankan operasi pengeluaran bahan-bahan keperluan pengguna, mengurus sistem pengurusan dan menyediakan perkhidmatan korporat.
Tugas-tugas dalam kejuruteraan
Tugas umum jurutera dalam perindustrian adalah bagi mereka bentuk sistem industri yang melibatkan sistem aktiviti manusia dan sistem kawalan pengurusan. Sistem-sistem yang dibentuk ini adalah dengan melibatkan dalam susun atur aktiviti-aktiviti pekerja, menjaga prosedur keselamatan industri dan pekerja,menerangkan tentang kaedah kerja yang lebih konsisten, menyediakan prosedur ramalan, pengurusan dalam belanjawan atau kos bahan mentah, kos pengeluaran(OUPUT), kos masukan (INPUT), dan kos bahan keperluan pekerja, penyediaan skim insentif, MRP dan sebagainya.Aktiviti-aktiviti jurutera dalam industri adalah menjalankan operasi pengeluaran bahan-bahan keperluan pengguna, mengurus sistem pengurusan dan menyediakan perkhidmatan korporat.
Khamis, 6 Jun 2013
GEOGRAFI
Geografi ialah sains ruang dan tempat. Geografi juga merupakan
kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia
hidup. Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya
yang terdapat di merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal
daripada dua perkataan, iaitu kata nama "geo" yang bermaksud bumi dan kata kerja "graphon" yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang
telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang
bumi". Ahli-ahli geografi menumpukan perhatian mereka terhadap ciri-ciri
dan pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui
deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam peta.
Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola
yang istimewa terhadap sesuatu tempat di permukaan bumi telah timbul.
Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang kewujudan ciri dan pola
taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan masa.
Pendek kata, objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami
bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan
unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi.
Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

UNDANG-UNDANG
Undang-undang dalam politik dan perundangan merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarak. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah.
Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya
rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain.
Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang
berfikiran sama.
Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.
Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasa undang-undang Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan secara professional dalam undang-undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu mahkamah undang-undang, merangka dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman.

TEKNOLOGI
Teknologi merupakan sebahagian daripada kehidupan yang kita alami
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

FALSAFAH
Falsafah ialah satu disiplin ilmia
yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah
dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal
daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta
kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:
Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah
- Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas,
- Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran
Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah
SEJARAH
Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau. Ia
juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah
dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia
juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratip atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibatnya yang menilai peristiwa-peristiwa Sejarawan-sejarawan berdebat mengenai tabii sejarah dan kegunaannya.
Ini termasuklah membincangkan kajian disiplin berkenaan sebagai satu
penamat di dalamnya dan sebagai satu kaedah menyediakan "perspektif"
pada masalah masakini.
Cerita-cerita yang biasa kepada budaya tertentu, tetapi tidak disokong
oleh sumber-sumber luar (seperti legenda yang mengelilingi Raja-Raja Melayu biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah. Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai prasejarah. Di kalangan ilmuwan, ahli sejarawan Melayu dianggap sebagai sejarah dan, bersama-sama dengan ahli sezamannya
membentuk asas-asas kajian sejarah. Pengaruh mereka, bersama-sama
dengan tradisi-tradisi sejarah yang lain di dalam bahagian dunia yang
lain, sudah mewujudkan banyak have spawned many different interpretasi
yang berbeza mengenai tabii sejarah yang telah berubah selama
berabad-abad lamanya dan masih berkesinambungan berubah. Kajian sejarah
moden mempunyai banyak bidang berbeza termasuklah mereka yang fokus
terhadap kawasan tertentu dan mereka yang menumpukan terhadap
perkara-perkara tertentu atau unsur-unsur penyiasatan sejarah yang
bertema. Sejarah selalunya diajar sebagai sebahagian daripada pendidikan
rendah dan menengah, dan kajian akademik sejarah sebagai disiplin utama
di dalam pembelajaran universiti.
BIOGRAFI
Biografi adala genre penulisan dan bentuk media lain seperti filem
berasaskan penulisan mengenai kehidupan seseorang. Walaupun biografi
mungkin menumpu pada subjek rekaan ataupun bukan rekaan, istilah ini
biasanya dikaitkan dengan bukan rekaan (non-fiction). Bertentangan dengan profil atau curriculum vitae,
biografi mengembangkan sudut rumit dan menonjolkan perbezaan perwatakan
termasuk pengalaman peribadi. Biografi bukan setakan senarai fakta
seperti tarikh lahir, pendidikan, kerjaya, hubungan, dan kematian. Ia
juga menyelami perasaan melalui kejadian tersebut dan peristiwa lain
yang membawa berbagai-bagai makna (atau pelajaran) kepada seseorang dan
masyarakatnya.
SAINS
Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa latin scinetia,
yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses
mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan
kemudiannya mendapatkan fakta dan peratuan daripadaya.
Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains..
Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.
Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.
Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.

Selasa, 4 Jun 2013
TARIAN KEBUDAYAN ETNIK KEGAYAN
Kebudayan Etnik Kegayan…
BERUNSAI merupakan
tarian kebudayan Etnik Kagayan, ia di
persembakan ketika di majlis perkawinan
sahaja. Berunsai selalunya di lansungkan pada malam berinai, dan juga pada
malam Runsai pengantin, walaupun begitu
malam Runsai pengantin agak jarang di lakukan kerana ia bergantung kepada
kemampuan kewangan majlis berkenaan.
Berunsai tidak terhad bilangan penarinya, ia bergantung kepada besar gelanggangnya , lagi besar lagi
bagus dan lagi meriah Runsai tersebut.Berunsai di ketuai oleh dua orang
penyanyi perampuan dan lelaki, rentak Runsai tersebut hendaklah selari dengan
rentak nyanyian kedua-dua penyanyi,
Berunsai hanya menggunakan kedua belah kaki yang di hentakkan ke
gelanggang yang di buat khas, walaupun begitu ia bukan lah senang, ia bukan lah
di hentakkan begitu sahaja ia kena lah mengikut rentak lagu yang di nyanyikan….
Ada dua jinis lagu yang di gunakan ketika Runsai tersebut
berlansung,
1.lagu yang perlahan, merupakan lagu pembukan Runsai
tersebut.
2.lagu yang rancak menandakan Runsai tersebut suda lama bermula.
Pemilihan alat untuk membuat gelanggan Berunsai amat penting,
paling sesuai digunakan untuk
membuat gelanggang Berunsai ialah bamboo yang matang yang di bentuk khas, dan untuk penghasilan gelanggan tersebut
hendak di lakukan mengikut kaedah yang di tetapkan.
BERUNSAI adalah Tarian Kebudayan etnik Kegayan, tarian tersebut telapun wujud sejak zaman
berzaman dan masih di amalkan sampai ke hari ini. ia merupakan lambang
perpaduan dan keunikan Suku Kaum
Kegayan.
Isnin, 3 Jun 2013
Cinta........
Cinta semua kita tahu, ia sebuah perasaan yang hadir secara spontan sehingga kita sendiri pun tak sedar dari mana datangnya, ia tiba-tiba hadir dalam hati kita tampa di duga, dan sekaligus menguba corak kehidupan kita seharian...
Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah menjadi sinonim dan gejalah bila perasaan cinta melanda seseorang.
Cinta sememangnya satu perasaan yang sangat inda, ia membuat kita tersenyum sendiri, ia membuat kita merasakan seolah-olah berada di awangan, pendek kata cinta bagaikan Rawatan Hati yang berkesan memulikan hati yang sakit, tetapi cinta juga boleh menjadi racun kepada hati yang sehat...namun kita tidak boleh salakan cinta, kerana di sebalik cinta itu, adanya seorang insan yang berperanaan, mencorakan cinta.

Ahad, 2 Jun 2013
KEHIDUPAN TIDAK MUDA SEPERTI APA YANG KITA TAHU.....
BACALAH, SEMOGA MEMBERI ISPIRASI UNTUK KITA SEMUA......
Bila kita sentu cerita tetang kehidupan kita berangapan, untuk hidup sungguh begitu muda, tetapi hakikatnya
sunggu paya untuk kita mencari kehidupan yang sebenar..Ramai beranggapan bahawa, bila hidup seseorang itu penuh dengan kekayaan, kehidupannya di anggap begitu sempurna, tetapi kesempurnaan hidup bukan lah kehidupan yang berlimpakan harta kekayaan semata-mata.
Jika kita selami dengan lebih mendalam lagi tentang kehidupan, kita mungkin tidak faham, apa tujuan kita hidup, dan apa peranan kita dalam menjalankan kehidupan.
Memang tidak di nafikan, harta dan kekayaan begitu penting dalam kehidupan kita, tetapi kita jangan sampai lupa bahawa dalam kehidupan, bukan hanya harta dan kekayaan yang menjadi sebahagian dari pada hidup kita. banyak yang perlu kita selaraskan, dan jika saya catat satu persatu ruang blog ini tidak akan mencukupi, kerana begitu banyak sebab dan peranan, kita hidup di dunia ini...
Satu contoh yang jelas, kenapa dunia sekarang huluhara? kacau bilau? manusia berkelahi sesama sendiri, sala satu sebabnya, sedih saya katakan, sebab kurangnya kefahaman tentang tujuan dan peranan kehidupan yang sebenar. Kehidupan adalah Rahmat yang tak terhingga, setiap hembusan nafas yang kita keluarkan ada anugerah, mata yang melihat, telinga yang mendengar, otak yang berpikir, setiap jantung yang berdegup, hati yang merasa, mulut yang bercakap, semuanya anugerah dari yang maha Esa..tatapi malangnya ada di antara kita yang tidak menghargainya,mala mulut selalu di jadikan senjata utama untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat, kerana apa? kerana kurangnya pegertian tentang apakah tujuannya hidup.
Yang kaya, tindas yang miskin, yang berkuasa terus mendabik dada, sehingga menjadikan mereka seorang yang sombong dan bongkak, kerana mereka merasakan kehidupan mereka begitu sempurna, tetapi alangka sedihnya kehidupan mereka begitu hina di mata maha pencipta..
Ramai yang mengatan senyuman, adalah pahala ia benar, tetapi secara peribadi pada saya ianya lebih dari pada itu.senyuman bagi saya itulah kehipun yang sebenar..kerana tersenyum ialah sifat Nabi Junjungan kita. Ia adalah punca segala kebaikan, kerana bila kita sentiasa tersenyum, seluruh alam akan tersenyum untk kita.......
Marilah kita sama-sama mencari hidayanya....kerana hanya dengan hidayanya, satu-satunya jalan untuk kita menuju ke kehidupan yang sebenar......
SEKIAN TERIMA KASIH...........

Langgan:
Catatan (Atom)