Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru
iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia.
Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang
lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia
mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu
dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah
berkembang.
Ada teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan
besar manusia dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu
mengatakan bahawa manusia dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah
berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu bertemu dengan penduduk sini
iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup dalam era Paleolitik.
Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka
bercampur sesama mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar
‘Manusia Proto Asia’ yang kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’
dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka ini kemudiannya berkembang dan bertaburan
di sekitar Kepulauan Hawaii, New Zealand, Papua New Gunea, Malaysia,
Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara
lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga, mereka-mereka ini dikatakan
adalah ‘saudara’ kepada orang-orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan