Kawad Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia ke II di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa
perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
Pada 1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan, Seperti pada landasan kereta api Burma,
tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka,
sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup.
Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang
mati. Pada awal 1945 apabila Pihak Berikat makin hampir, komandan kem Kapten Susumi
Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau kira-kira 250 kilometer (160 batu).
Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun
untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai
barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat
keletihan, kebuluran dan penyakit. Sebagai memperingati peristiwa ini,
kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di
Kundasang Ranau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan