Khamis, 6 Jun 2013

SEJARAH

Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau. Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratip atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibatnya yang menilai peristiwa-peristiwa Sejarawan-sejarawan berdebat mengenai tabii sejarah dan kegunaannya. Ini termasuklah membincangkan kajian disiplin berkenaan sebagai satu penamat di dalamnya dan sebagai satu kaedah menyediakan "perspektif" pada masalah masakini. Cerita-cerita yang biasa kepada budaya tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber-sumber luar (seperti legenda yang mengelilingi Raja-Raja Melayu biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah. Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai prasejarah. Di kalangan ilmuwan, ahli sejarawan Melayu dianggap sebagai sejarah dan, bersama-sama dengan ahli sezamannya membentuk asas-asas kajian sejarah. Pengaruh mereka, bersama-sama dengan tradisi-tradisi sejarah yang lain di dalam bahagian dunia yang lain, sudah mewujudkan banyak have spawned many different interpretasi yang berbeza mengenai tabii sejarah yang telah berubah selama berabad-abad lamanya dan masih berkesinambungan berubah. Kajian sejarah moden mempunyai banyak bidang berbeza termasuklah mereka yang fokus terhadap kawasan tertentu dan mereka yang menumpukan terhadap perkara-perkara tertentu atau unsur-unsur penyiasatan sejarah yang bertema. Sejarah selalunya diajar sebagai sebahagian daripada pendidikan rendah dan menengah, dan kajian akademik sejarah sebagai disiplin utama di dalam pembelajaran universiti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan