Falsafahialah satu disiplin ilmia
yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah
dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal
daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta
kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:
Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas,
Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran
Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat
mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah
merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1.
Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza
mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi
rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah
daripada Drs. Sidi Gazalba: Berfalsafah ialah mencari kebenaran
dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang
dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat.
Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam
hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah.
Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan