Geografi ialah sains ruang dan tempat. Geografi juga merupakan
kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia
hidup. Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya
yang terdapat di merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal
daripada dua perkataan, iaitu kata nama "geo" yang bermaksud bumi dan kata kerja "graphon" yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang
telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang
bumi". Ahli-ahli geografi menumpukan perhatian mereka terhadap ciri-ciri
dan pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui
deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam peta.
Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola
yang istimewa terhadap sesuatu tempat di permukaan bumi telah timbul.
Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang kewujudan ciri dan pola
taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan masa.
Pendek kata, objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami
bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan
unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi.
Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan