Zaman Paleolitik adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun
dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM.
Pada zaman ini, manusia Peking dan manusia Jawa telah wujud. Di
Afrika, Eropah dan Asia, manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun
50 000 SM, manakala pada tahun 20 000 SM, manusia Cro-magnon sudah
menguasai kebudayaan moden di Afrika Utara dan Eropah.
Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad
atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk mencari makanan.
Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan sebagai
makanan. Mereka tidak tahu bercucuk-tanam. Mereka menggunakan batu
kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan memburu. Alat-alat ini
juga digunakan untuk menetak dan mempertahankan diri daripada musuh.
Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang. Selain daripada itu
mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan
dan menakutkan binatang. Mereka tahu menggunakan api apabila
menyaksikan kebakaran hutan.
Manusia ini tinggal di dalam gua atau pondok yang diperbuat daripada
ranting dan rumput. Gua atau pondok ini penting untuk melindungi diri
daripada binatang liar atau cuaca buruk. Mereka mengamalkan kepercayaan
animisme iaitu setiap benda mempunyai roh. Pada dinding gua terdapat
gambar-gambar yang dilukis oleh mereka untuk melahirkan idea dan
perasaan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan