Teknologi merupakan sebahagian daripada kehidupan yang kita alami
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih
daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan
penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah
manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget
menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti
tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi
dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber
bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan
berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan
institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi
pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah
manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan