Idealogi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia
merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan
politik dan sosial.
Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai “salah
satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang
membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik,
sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan
sosio-geografi manusia”.
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah
“fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar
pemerintahan dan lain-lain tujuan”.
Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana. Berikut adalah sebahagian pengertian ideologi:
Destertt de Tracy :Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea (pemikiran tertentu).
Machiavelli:Ideologi adalah sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh penguasa.
Thomas H :Ideologi adalah suatu cara untuk melindungi kekuasaan pemerintah agar dapat bertahan dan mengatur rakyatnya.
Karl Marx :Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama dalam masyarakat.
Muhammad Muhammad Ismail: Ideologi (Mabda’) adalah pemikiran mendasar
yang sama sekali tidak dibangun (disandarkan) di atas pemikiran
pemikiran yang lain.
Manakala fahaman membawa erti yang berbeza dengan ideologi. Di dalam
Kamus Dewan Edisi Ketiga menyebut bahawa fahaman iaitu “pengetahuan,
pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu
perkara”. Fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk
ideologi.
Perbezaan antara fahaman dan ideologi adalah fahaman hanyalah
pemikiran seorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang mungkin
menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat. Manakala, ideologi adalah
gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep
dan dipegang oleh sebahagian manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan