Selasa, 4 Jun 2013

TARIAN KEBUDAYAN ETNIK KEGAYAN



Kebudayan Etnik Kegayan…
BERUNSAI  merupakan tarian kebudayan Etnik Kagayan,  ia di persembakan ketika  di majlis perkawinan sahaja. Berunsai selalunya di lansungkan pada malam berinai, dan juga pada malam Runsai pengantin,  walaupun begitu malam Runsai pengantin agak jarang di lakukan kerana ia bergantung kepada kemampuan kewangan majlis berkenaan.
Berunsai tidak terhad bilangan penarinya, ia bergantung  kepada besar gelanggangnya , lagi besar lagi bagus dan lagi meriah Runsai tersebut.Berunsai di ketuai oleh dua orang penyanyi perampuan dan lelaki, rentak Runsai tersebut hendaklah selari dengan rentak nyanyian kedua-dua penyanyi,  Berunsai hanya menggunakan kedua belah kaki yang di hentakkan ke gelanggang yang di buat khas, walaupun begitu ia bukan lah senang, ia bukan lah di hentakkan begitu sahaja ia kena lah mengikut rentak lagu yang di nyanyikan….
Ada dua jinis lagu yang di gunakan ketika Runsai tersebut berlansung,
1.lagu yang perlahan, merupakan lagu pembukan Runsai tersebut. 
2.lagu yang rancak menandakan Runsai tersebut suda lama bermula.
Pemilihan alat untuk membuat gelanggan Berunsai  amat penting,  paling sesuai  digunakan untuk membuat gelanggang Berunsai ialah bamboo yang matang yang di bentuk khas,  dan untuk penghasilan gelanggan tersebut hendak di lakukan mengikut kaedah yang di tetapkan.
BERUNSAI adalah Tarian Kebudayan etnik Kegayan,  tarian tersebut telapun wujud sejak zaman berzaman dan masih di amalkan sampai ke hari ini. ia merupakan lambang perpaduan  dan keunikan Suku Kaum Kegayan.

Selain Etnik Kegayan, terdapat juga Etnik lain di Sabah ini yang mengamalkan budaya Berunsai , ia itu Suku Kaum Bajau Kota Belud dan juga Bajau Tuaran yang lebih di kenalih sebagai (JOMO SAMA)                                     
                                               TARIAN RUNSAI ETNIK KEGAYAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan